Friday, August 21, 2009

PROGRAM MENTOR GC & PPD KLANG

Assalamualaikum,

Pada 8 Ogos yang lalu, hampir 60 orang guru cemerlang telah turun ke sekolah-sekolah kebangsaan di Daerah Klang bagi program di atas. Selama 4 jam bersama dengan sekolah yang ditetapkan, membincangkan Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan.

Saya dan Pn Wu di tempatkan di SK Kampong Jawa, kami dilayan dengan mesra. Suatu pengalaman yang sangat berharga.

Bagi saya yang paling berkesan ialah sekolah kebangsaan yang cemerlang perlu berkongsi pengalaman dengan sekolah kebangsaan lain.

Apa sangatlah yang dapat diberikan oleh saya yang hanya tahu mengajar di KISAS, sekolah asrama penuh yang tersohor di seluruh dunia ...

Saturday, April 18, 2009

MESYUARAT MGCD KLANG BIL 1/2009

Pada 9 April telah diadakan suatu mesyuarat GC Daerah Klang di KISAS. Tidak lewat saya mengucapkan tahniah kepada GC yang baru dilantik. Bagi saya pemilihan mereka adalah layak bak kata pepatah "Jauhari jua yang mengenal maknikam". Masing-masing mempunyai kekuatan tersendiri dan kalau dihimpunkan akan dapat dimanfaatkan. Perancangan aktiviti tahunan telah dirancang dan yang terdekat PPD akan menganjurkan Kursus Kajian Tindakan untuk semua GC.

Pesanan saya kecemerlangan bukanlah pencapaian tetapi adalah suatu permulaan bagi suatu perjuangan. Banyak cabaran dan rintangan akan ditempoh. Selamat berjaya...